Friday, 12 August 2011

INTRODUKSI

Awal Kata


 Dengan lafaz basmalah saya mulakan pembikinan blog ini.Adalah menjadi trend zaman sekarang blog dijadikan sebahagian dari hobi yang mana memberi impak yang besar terutamanya kepada pengguna siber yang inginkan sesuatu yang "rare" dalam kehidupan sosial mereka. 


     Melalui blog, banyak perkara yang baik & yang kurang baik akan timbul. Akan tetapi,bagi  yang peka tentang situasi peredaran zaman penggunaan blog adalah antara cara terbaik untukmereka memperluaskan bidang-bidang kemahiran mereka.Jadi tidak hairanlah pelbagai jenis blog yang ada sekarang ini.
     
    Itulah serba sedikit mukadimah yang ingin saya tonjolkan ketika ini. Diharap pembaca dapat mengambil sesuatu yang jernih tentang penggunaan blog yang agak meluas sekarang ini.


Modus Operandi


   Terus-terang saya adalah beginner dalam penggunaan blog ini. Niat yang secara tiba-tiba wujud untuk membuat satu blog khusus untuk paparan pembaca yang gemar pada keunikan gambar-gambar dan  penggunaan Camera DSLR (tidak kira apa jenis sekalipun). Gambar-gambar ini adalah daripada koleksi saya sendiri & tidak diciplak dari mana-mana sumber.
    

No comments:

Post a Comment